Sidang Tentang Ibu Negeri

Hari ini saya nak beritakan hal yang berlaku kelmarin. Begitulah adatnya dalam pemberitaan; tentulah diberitakan hal yang telah berlaku. Kelmarin (semalam) sebahagian kita menyambut Hari Ibu. Sebahagian lagi mungkin menyambut hari ibu setiap hari.

Sedang saya mengunyah nasi, isteri berkata, "Bang, ada special mesej dari Kak Yah" "Mesej apa?" tanyaku. Kak Yah ialah kenalan kami yang paling akrab masa bermastautin di Ipoh 1989-2005 dulu. "Bacalah", ujar isteriku, yang juga anak menakan Pak Ngah Leewantam. "Tak pa, sat gi sudah makan, abang baca", jawabku. Lalu saya pun meneruskan makan hingga habis. Sederhana saja masakan isteriku tengahari kelmarin.

Sebaik habis makan, saya membaca mesej Kak Yah. Mesejnya berbunyi begini:

"Kita ada ibu negeri tp x de bapa negeri, kita ada ibu jari tp x de bapa jari, kita ada ibu pejabat tp x de bapa pejabat, kita ada ibu sawat tp x de bapa sawat, kita ada ibu roti tp kita x de bapa roti, betapa pentingnya seorang ibu, selamat hari ibu...2009"

Itu mesej dari seorang ibu kepada seorang ibu. Kak Yah ibu kepada 4 orang anak kandung dan 2 orang anak angkat. Baru cuti sekolah bulan Mac dulu dia mendapat menantu sulung. Sementara isteriku ibu kepada 4 orang anak-anak kami.

Ini komen saya kepada isteri:

Ya tak ya juga. Dalam bahasa Melayu, amat mementingkan ibu. Tapi cuba kita kaji perkataan "ibu bapa". Kalau tak ada bapa, apa mungkin seorang ibu akan menjadi "ibu"? Lalu, saya analogikan begini: Bagi ibu begeri, bapa negerinya adalah negeri itu, bagi ibu jari, bapa jari ialah tangan yang terletaknya ibu jari itu, bagi ibu pejabat, bapa pejabatnya ialah syarikat yang menubuhkan ibu pejabat itu, manakala bagi ibu sawat, bapa sawat ialah bangunan yang menempatkan ibu sawat itu dan bagi ibu roti, bapa rotinya ialah tepung yang menjadi roti itu.

Dengan kronologi, kalau tiada bapa, tidaklah menjadi 'ibu' seseorang perempuan itu, maka kalau tiada negeri, masakan ada ibu negeri, kalau tiada tangan, mana mungkin akan ada ibu jari, kalau tiada syarikat, mana mungkin ada ibu pejabat?

Lalu, apa kata kalian? Mari kita bersidang dalam suasana mesra aman damai di sini.

2 Comments:

  1. Leenoh said...
    Salam.
    Semoga berjaya,
    Leenoh said...
    Salam.
    Entri yang baik, begitulah kehidupan kita di dunia ini saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain tetapi kekadang kita lupa hal ini, lantas kita tidak menghargainya, maka sebab itulah Islam menyuruh umatnya ingat mengingat dan berpesan-pesan di antara satu sama lain.
    Kita akan menghadapi kesukaran hidup tanpa orang lain, tidak mungkin kita dapat hidup berseorangan di dunia ini, kehadiran kita ke dunia ini telah menceritakan bahawa diri kita adalah ibubapa kita, percantuman keduanya melahirkan kita, itulah hakikat bahawa kita memerlukan orang lain.
    Ajaran Islam memerintahkan pengikutnya supaya "mentaati" ibubapa.Ungkapan ini perlu difahami betul-betul kerana terdapat juga di kalangan orang Islam menggunakan ungkapan yang tidak tepat seperti ungkapan "ikut cakap ibubapa". Jika diteliti kekadang akan membawa keburukan.
    Islam tidak menyuruh kita ikut cakap ibubapa kerana terdapat juga ibubapa derhaka kepada Allah sedangkan anak-anak taat Allah.
    Islam menyuruh anak-anak taat ibubapa, Taat membawa maksud patuh kepada perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah sahaja, jika patuh kepada perkara yang bertentangan dengan perintah Allah atau patuh pada perkara maksiat, seseorang itu telah dikira derhaka kepada Allah atau berdosa.
    Kesimpulannya, taat seseorang Islam itu ke atas seseorang Islam yang lain pada perkara yang dia suka atau benci selagi perkara itu tidak melibatkan maksiat (dosa). Wallahu aklam.

Post a Comment





Copyright 2009 | Sidang CheNasser adalah hasil penulisan dari SheNasser dan diuruskan oleh Fitrinas.